Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Monday, November 15, 2010

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MANGSA BANJIR

Ahli Pengakap KELANA A Seremban Timur (PPKAST) akan mengadakan misi mengumpul sumbangan utk mangsa banjir. Barang barang yg boleh di sumbangkan adalah seperti berikut:


1. Pakaian Lelaki Dewasa
2. Pakaian Wanita Dewasa
3. Pakaian Kanak kanak Lelaki dan perempuan
4. Pekaian dan peralatan bayi (pampers dan sebagai nya)
5. Bahan makanan (kering)
6. Barang keperluan harian
7. Lain lain yg difikirkan sesuai.

Tarikh   : 28 November 2010
Tempat : Tempat letak kereta Stadium Paroi
Masa    : 7.30am - 12.00pm

PPKAST juga menerima sumbangan kewangan dimana duit yg diterima akan digunakan untuk membeli kelengkapan lain yg difikirkan perlu. Tarikh dan tempat sumbangan akan dihantar akan dimaklumkan setelah kami mendapat maklumbalas dari rakan rakan di kawasan yg terlibat.

Segala sumbangan dari pihak tuan tuan/puan puan adalah sangat dihargai.
 
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila berhubung dengan:
 
1.  Sdr Faries Faizal (014-5095046) - Pengarah Program
2.  Sdr Hafiz Anuar (013-6402120) - Timb Pengarah Program

Thursday, October 21, 2010

PENGHARGAAN PERSARAAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

 Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan selamat bersara kepada Dato Abdullah bin Mohammad, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Sembilan atas persaraan beliau.  Segala sokongan dan keprihatinan beliau dalam membantu PPM Negeri Sembilan amatlah dihargai.

Jamboree 100 tahun Singapura / Jamboree ASEAN ke 3

Tempat :  Kem Sarimbun, Singapura
Tarikh   :  4 - 9 Disember 2010
Yuran   :  USD 200 ( Pengakap Muda / Remaja )
               USD 150 ( Pemimpin )

Yuran Kontinjen - RM 20.00 sahaja.
 
Yuran di atas meliputi makan / minum, jamboree kit / penginapan dalam Kem / aktiviti.  Tarikh tutup pendaftaran Pengakap Malaysia ialah pada 30 Oktober 2010.  Yuran dan borang hendaklah dihantar terus kepada Setiausaha Kontinjen di Ibu Pejabat PPM, KL.

Untuk maklumat lanjut, sila layari lawan web PPM HQ atau hubungi:

Abd.Rahim bin Abd.Hamid
Setiausaha Kontinjen PPM
017-6156880

PENGHARGAAN JAMNES DAN JOTA/JOTI 2010

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Negeri Sembilan bagi pihak PPM Negeri Sembilan ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada:
  1. Dato Abdullah Mohammad, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan
  2. Tuan Haji Amir Sharifuddin bin Haji Ahmad, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
  3. Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah
  4. Tuan Haji Zakran bin Abdul Manan, National WOSM JOTA Organiser merangkap Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
  5. En. Eric Khoo, Pesuruhjaya Antarabangsa, World Organisation of Scouts Movement
  6. En Wan Johari Wan Osman, Pesuruhjaya IbuPejabat - Unit Bencana
  7. Semua Pen. Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Daerah dan Pen. Pesuruhjaya Daerah
  8. Semua ahli jawatankuasa Jambori Negeri Sembilan dan JOTA/JOTI 2010
  9. Semua Gurubesar dan Pengetua sekolah-sekolah yang terlibat
  10. En. C. Harichandra DNS, JP (9M2PD) 
  11. En. Rabindra Harichandra (9W2PD)
  12. En. M. Jeffri, Bougainvilla Resort, Port Dickson
  13. Balai Polis Telok Kemang
  14. Hospital Port Dickson
  15. Peserta-peserta JAMNES-JOTA-JOTI 2010
dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas sokongan dan bantuan yang diberikan dalam menjayakan Jambori Pengakap Negeri Sembilan ke-9 dan Jambori di-Udara ke-53 / Jambori di-Internet ke 14, 2010.

Sunday, October 3, 2010

JAMBORI NEGERI SEMBILAN & WOSM JOTA/JOTI SEDUNIA 2010

PPM Negeri Sembilan akan menganjurkan Jambori Negeri Sembilan (JAMNES) dan WOSM JOTA/JOTI Sedunia seperti berikut:

Tarikh : 16 - 18 Oktober 2010
Tempat : Bougainvilla Resort (JAMNES), Port Dickson
Bayaran : RM100.00 (lencana, sijil JAMNES, sijil JOTA/JOTI dan makan)
Pendaftaran: 2.00pm - 4.00pm (16 Okt 2010)
Penyertaan: Pengakap Kanak-kanak (Tahun 6 sahaja)
                   Pengakap Muda (Ting 1-3)
                   Pengakap Remaja (Ting 4)
                   Pemimpin/Kelana

Pada masa yang sama, WOSM JOTA/JOTI akan berlangsung pada 16 - 17 Oktober 2010. PPM NS akan juga turut serta dalam WOSM JOTA/JOTI dengan membuka stesen seperti berikut:

Stesen NS (9M4SJN, 9M4CPD)

Tarikh : 16-17 Oktober 2010
Tempat : Banglo Melaka, Port Dickson

Sila berhubung dengan Pesuruhjaya Daerah masing-masing untuk maklumat lanjut. 

Surat kebenaran dari Jabatan Pelajaran NS
Surat perlantikan dan panggilan mesyuarat JAMNES/JOTA-JOTI
Senarai Pegawai untuk JAMNES dan JOTA/JOTI 2010 (GURU)
Senarai Pegawai untuk JAMNES dan JOTA/JOTI 2010 (SWASTA)
Borang Jambori - Pemimpin/Kelana
Borang Jambori - Pengakap


PELAN LOKASI JAMNES

Monday, August 2, 2010

Asia-Pasifik Air/Internet Jambori ke-6

Persekutuan Pengakap Malaysia dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan Jambori Di Udara / Internet Rantau Asia-Pasifik ke 6 yang akan berlangsung pada 7hb - 8hb Ogos 2010 di seluruh rantau Asia-Pasifik .

Sehubungan dengan itu, PPM Negeri Sembilan akan turut serta dalam Jambori tersebut seperti dibawah:


Tarikh : 7hb - 8hb Ogos 2010
Tempat : Melaka Bungalow, Lot 2730, Batu 9
               Jalan Pantai, 71050 Port Dickson
               Negeri Sembilan
Penyertaan :
- Konsep 'Rumah Terbuka' dimana setiap daerah diminta menghantar 10org ahli pengakap mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.
- 5 orang pemimpin/kelana setiap daerah akan berkhemah pada 6hb - 8hb Ogos untuk dilatih oleh Ketua Stesen bagi persediaan awal PPM Negeri Sembilan menyediakan kumpulan komunikasi setiap daerah dan bagi menghadapi WOSM JOTA nanti.
Bayaran
- Ahli pengakap (RM10)
- Pemimpin/Kelana (RM60 - termasuk tapak khemah/makan/sijil/lencana)

Ahli-ahli pengakap dan orang ramai juga dijemput hadir.
Maklumat lanjut, Tn Haji Norazam Ibun (ASC Antarabangsa merangkap Ketua Projek) - 0133691978 atau En Adha Fikris (ASC IT merangkap Setiausaha Projek) - 0193425649.

Thursday, July 29, 2010

Perhimpunan Kelana Kebangsaan Thailand ke 19

Persatuan Pengakap Thailand akan menganjurkan Perhimpunan Kelana Kebangsan Thailand ke 19 "Ratchaburi Moot 2010".


Tarikh : 21hb - 25hb Oktober 2010
Tempat : Kem Tentera Burachatra, Wilayah Ratchaburi
Kelayakan : Pemimpin Pengakap dan Pengakap Kelana ( 18 - 45 tahun )
Yuran : USD 100
Yuran Kontinjen : RM20.00

Perincian berhubung perkara di atas boleh dimuat turun melalui Edaran Program Pengakap:

Surat Jemputan : 19th National Rover Moot Thailand
Halaman Web : http://www.thairovermoot.com

Penyertaan adalah melalui Persekutuan Pengakap Malaysia dan para Pengakap berdaftar yang ingin menyertai acara tersebut diminta berhubung dengan kakitangan bertanggungjawab atau Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan pada atau sebelum 30hb. September 2010.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap NS : En. Hamdan bin Mohd Nor - 0126281872
Kakitangan : En. Abdul Rahim Abdul Hamid, Pen. Setiausaha ( Program ) - 017-6156880

Thursday, July 15, 2010

Bulan Kerja Pengakap Kelana 2010

HARAP MAKLUM, BULAN KERJA PENGAKAP KELANA 2010 YANG BERMULA PADA 1 APRIL YANG LEPAS TELAH DILANJUTKAN SEHINGGA 31 OGOS 2010. 

PESERTA - PESERTA KELANA YANG MEMPUNYAI KAD BULAN KERJA TERSEBUT BOLEHLAH MENERUSKAN KERJA TERSEBUT SEHINGGA 31 OGOS.

HARAP MAKLUM.

TERIMA KASIH.

ABD.RAHIM ABD HAMID
BAGI PIHAK YBHG. DATO' KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA

One Land Scouts Jamboree 2010

Jambori North Malaysia South Thailand yang bertemakan ONE LAND SCOUTS JAMBOREE akan di seperti di bawah:

Tarikh    :  10 - 15 Oktober 2010
Tempat  :   Kem Kijang, Kota Bharu, Kelantan
Bayaran :  RM150.00

Terbuka kepada semua ahli-ahli Pengakap Muda, Remaja dan Kelana yang berdaftar.  Penyertaan terhad kepada 60 orang peserta terawal membuat pendaftaran peserta.  Tarikh tutup penyertaan ialah 15 Ogos 2010.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

En. Hamdan bin Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap NS) - 0126281872
En. Aziruddin bin Abd Aziz (S/U Latihan NS) - 0123867084

Nota: Penyertaan kepada PKK tidak dibuka berdasarkan jemputan dari pihak Tuan Rumah.

Kursus Manikayu Peringkat III - Unit PKK,PM/PR

Kursus Manikayu Peringkat III untuk unit Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda/Remaja akan anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kelantan akan diadakan seperti di bawah:

Tarikh    :  1 - 6 Ogos 2010
Tempat  :  Kem Kijang, Kota Bharu, Kelantan
Bayaran :  RM 120.00 (penginapan,makan-minum dan peralatan kursus)
                (Bayaran atas nama Majlis Pengakap Negeri Kelantan)

Kursus ini terbuka kepada semua Pemimpin dan Penolong Pemimpin bertauliah dalam kumpulan dan telah menghadiri Kursus Manikayu Peringkat I.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi

En.Che Sazali b. Che Ibrahim (S/U Latihan Kelantan) - 0139859963
En. Hamdan bin Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap NS) - 0126281872
En. Aziruddin bin Abd Aziz (S/U Latihan NS) - 0123867084

Monday, July 12, 2010

Kursus Manikayu - Penerangan (Pemimpin)

Kursus Manikayu - Penerangan (Pemimpin) akan diadakan seperti berikut:

Tarikh   :  4 Ogos 2010 (Rabu)
Tempat :  SMK Tuanku Besar Tampin
Masa    :  8.00 pagi - 6.00 ptg

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Pesuruhjaya Pengakap NS - Tuan Hamdan Mohd Nor (012-6281872), S/U Latihan - Tuan Aziruddin bin Abd Aziz (012-3867084), Ketua Kursus - En Asrol Effendi b. Md Nor (019-2908750)

Kursus anjuran Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia

Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia telah menganjurkan beberapa kursus untuk memantapkan pengetahuan para Jurulatih dan Pemimpin.

Kursus Kawad dan Istiadat Pengakap

Tarikh    : 1 - 4 Julai 2010
Tempat  : Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat

Kursus ini di hadiri oleh En. Aziruddin bin Abd Aziz (ASC S/U Latihan), En. Ariffin bin Md. Yusof (DC Kuala Pilah), En. Mohd. Nor Azlan bin Mohd Nordin (DC Port Dickson) dan En. Asrul Effendi bin Md. Nor (ADC Tampin).

Kursus Pengurusan Jambori On The Air (JOTA)


Tarikh   : 2 - 4 Julai 2010
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa (I.Y.C), Cheras

Kursus dihadiri oleh En. Nor Azam bin Hj. Ibun (ASC - Unit Pengakap Remaja), En. Saiful Izham bin Ahmad (ADC Jelebu) dan En. Adha Fikris bin Mokhtar (ASC - ICT & Dokumentasi).

Kursus Pengurusan Keselamatan

Tarikh   : 2 - 4 Julai 2010

Tempat : Pusat Ko-Kurikulum Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang

Kursus dihadiri oleh En. Shafizan Shahriman (ADC Jelebu)

Friday, June 4, 2010

Majlis penyerahan bendera dan taklimat akhir kontinjen

Satu majlis penyerahan bendera dan taklimat akhir kontijen telah diadakan pada 2/6/2010 bertempat di SK Senawang.  Majlis yang dihadiri oleh hampir semua peserta kontinjen bertujuan untuk memberi taklimat terakhir dari segi persiapan persendirian dan kontinjen serta penyerahan kit kontinjen kepada semua peserta.  Kit kontinjen termasuklah beg galas, t-shirt, lencana kontinjen Malaysia dan lencana kontinjen Negeri Sembilan.

Majlis taklimat telah dijalankan oleh Ketua Kontinjen, Tuan Samsudin Jiman dan Timb Ketua Kontijen, En Chan Kau Chai. Taklimat banyak menyentuh tentang etika-etika peserta, keperluan diri, keselamatan dan pemakaian seragam.


Majlis penyerahan bendera telah bermula pada jam 11.00pagi dan disempurnakan oleh YBhg Dato Abdullah bin Mohammad, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan.  Dalam ucapannya, YBhg Pengarah telah menasihatkan semua peserta supaya membawa nama Negeri Sembilan dengan bangga kerana ini adalah ibarat seperti pulang ke kampung halaman.  Beliau juga mengingatkan semua yang terlibat untuk menjaga nama Negeri Sembilan ketika di sana nanti.

Acara kemuncak ialah penyerahan bendera Negeri Sembilan dan bendera PPM Negeri Sembilan kepada Ketua Kontinjen dan Timbalan Ketua Kontinjen. 

Tuesday, June 1, 2010

Majlis Penyerahan Bendera dan Taklimat Akhir Kontinjen

Sukacita dimaklumkan, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan satu majlis penyerahan bendera dan taklimat akhir kontinjen Negeri Sembilan ke Jambori Budaya Serumpun Indonesia-Malaysia 2010.

Majlis akan diadakan di Dewan SK Senawang pada jam 8.00pagi.  Surat pelepasan kebenaran boleh diperolehi dicapaian di bawah.

Terima kasih.

Surat Majlis Penyerahan Bendera
Surat Kebenaran Jambori
Senarai Peserta Jambori

Thursday, May 13, 2010

Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat Pengakap

Majlis Pemasyhuran DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Al-Marhum Tuanku Munawir sebagai Penaung Persekutuan Pengakap Malaysia telah dilangsungkan pada 11 Mei 2010 di Istana Besar Seri Menanti.

Turut hadir sempena majlis tersebut ialah YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua Pengakap Negara, Y. Bhg Datuk Seri Dr Shafie Salleh, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Y. Bhg Dato' Hj Kaharudin Bin Momin, wakil-wakil dari Ibupejabat Persekutuan Pengakap Malaysia dan jemputan-jemputan yang lain.

 Majlis dimulakan dengan penganugerahan Bintang Semangat Padi Emas kepada Kebawah Duli Tuanku oleh Ketua Pengakap Negara, Y. Bhg Datuk Seri Dr Shafie Salleh.



DYMM Tuanku juga telah berkenan untuk menganugerahkan pingat dan bintang Pengakap kepada YAB Menteri Besar dan mereka yang banyak mencurahkan bakti kepada pergerakan Pengakap di Negeri Sembilan.

Friday, May 7, 2010

Majlis Pemasyhuran DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan


Majlis Pemashyuran DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir sebagai Penaung Persekutuan Pengakap Malaysia dan Persekutuan Pengakap Negeri Sembilan akan diadakan seperti di bawah:

Tarikh : 11hb Mei 2010
Tempat : Istana Besar Seri Menanti
Masa : 10.00am - 12.00pm

Serentak dengan itu juga, majlis pengurniaan pingat-pingat Pengakap akan juga dilangsungkan.

Tuesday, April 27, 2010

Jambori 1Belia 1Malaysia

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan Perkhemahan Pengakap 1 Belia 1 Malaysia bersempena dengan Sambutan Hari Belia Kebangsaan 2010.
Tarikh:14 - 16 Mei 2010
Tempat:Taman Wetland
Putrajaya
Kelayakan:Pengakap Muda dan Pengakap Remaja berdaftar,
Pengakap Kelana berdaftar,
Pemimpin Pengakap berdaftar
Perincian berkenaan acara di atas boleh diperolehi melalui Edaran Program: Jambori 1 Belia 1 Malaysia.

Kepada ahli pengakap Negeri Sembilan yang berminat untuk menyertai Jambori ini, sila isi borang dan maklumkan kepada DC anda atau kepada Ketua Kontinjen, En. Azizulhakim bin Azizan (ASC Unit Kelana).