Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Friday, June 4, 2010

Majlis penyerahan bendera dan taklimat akhir kontinjen

Satu majlis penyerahan bendera dan taklimat akhir kontijen telah diadakan pada 2/6/2010 bertempat di SK Senawang.  Majlis yang dihadiri oleh hampir semua peserta kontinjen bertujuan untuk memberi taklimat terakhir dari segi persiapan persendirian dan kontinjen serta penyerahan kit kontinjen kepada semua peserta.  Kit kontinjen termasuklah beg galas, t-shirt, lencana kontinjen Malaysia dan lencana kontinjen Negeri Sembilan.

Majlis taklimat telah dijalankan oleh Ketua Kontinjen, Tuan Samsudin Jiman dan Timb Ketua Kontijen, En Chan Kau Chai. Taklimat banyak menyentuh tentang etika-etika peserta, keperluan diri, keselamatan dan pemakaian seragam.


Majlis penyerahan bendera telah bermula pada jam 11.00pagi dan disempurnakan oleh YBhg Dato Abdullah bin Mohammad, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan.  Dalam ucapannya, YBhg Pengarah telah menasihatkan semua peserta supaya membawa nama Negeri Sembilan dengan bangga kerana ini adalah ibarat seperti pulang ke kampung halaman.  Beliau juga mengingatkan semua yang terlibat untuk menjaga nama Negeri Sembilan ketika di sana nanti.

Acara kemuncak ialah penyerahan bendera Negeri Sembilan dan bendera PPM Negeri Sembilan kepada Ketua Kontinjen dan Timbalan Ketua Kontinjen. 

Tuesday, June 1, 2010

Majlis Penyerahan Bendera dan Taklimat Akhir Kontinjen

Sukacita dimaklumkan, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan satu majlis penyerahan bendera dan taklimat akhir kontinjen Negeri Sembilan ke Jambori Budaya Serumpun Indonesia-Malaysia 2010.

Majlis akan diadakan di Dewan SK Senawang pada jam 8.00pagi.  Surat pelepasan kebenaran boleh diperolehi dicapaian di bawah.

Terima kasih.

Surat Majlis Penyerahan Bendera
Surat Kebenaran Jambori
Senarai Peserta Jambori