Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Thursday, October 21, 2010

PENGHARGAAN PERSARAAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

 Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan selamat bersara kepada Dato Abdullah bin Mohammad, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Sembilan atas persaraan beliau.  Segala sokongan dan keprihatinan beliau dalam membantu PPM Negeri Sembilan amatlah dihargai.

Jamboree 100 tahun Singapura / Jamboree ASEAN ke 3

Tempat :  Kem Sarimbun, Singapura
Tarikh   :  4 - 9 Disember 2010
Yuran   :  USD 200 ( Pengakap Muda / Remaja )
               USD 150 ( Pemimpin )

Yuran Kontinjen - RM 20.00 sahaja.
 
Yuran di atas meliputi makan / minum, jamboree kit / penginapan dalam Kem / aktiviti.  Tarikh tutup pendaftaran Pengakap Malaysia ialah pada 30 Oktober 2010.  Yuran dan borang hendaklah dihantar terus kepada Setiausaha Kontinjen di Ibu Pejabat PPM, KL.

Untuk maklumat lanjut, sila layari lawan web PPM HQ atau hubungi:

Abd.Rahim bin Abd.Hamid
Setiausaha Kontinjen PPM
017-6156880

PENGHARGAAN JAMNES DAN JOTA/JOTI 2010

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Negeri Sembilan bagi pihak PPM Negeri Sembilan ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada:
  1. Dato Abdullah Mohammad, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan
  2. Tuan Haji Amir Sharifuddin bin Haji Ahmad, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
  3. Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah
  4. Tuan Haji Zakran bin Abdul Manan, National WOSM JOTA Organiser merangkap Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
  5. En. Eric Khoo, Pesuruhjaya Antarabangsa, World Organisation of Scouts Movement
  6. En Wan Johari Wan Osman, Pesuruhjaya IbuPejabat - Unit Bencana
  7. Semua Pen. Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Daerah dan Pen. Pesuruhjaya Daerah
  8. Semua ahli jawatankuasa Jambori Negeri Sembilan dan JOTA/JOTI 2010
  9. Semua Gurubesar dan Pengetua sekolah-sekolah yang terlibat
  10. En. C. Harichandra DNS, JP (9M2PD) 
  11. En. Rabindra Harichandra (9W2PD)
  12. En. M. Jeffri, Bougainvilla Resort, Port Dickson
  13. Balai Polis Telok Kemang
  14. Hospital Port Dickson
  15. Peserta-peserta JAMNES-JOTA-JOTI 2010
dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas sokongan dan bantuan yang diberikan dalam menjayakan Jambori Pengakap Negeri Sembilan ke-9 dan Jambori di-Udara ke-53 / Jambori di-Internet ke 14, 2010.

Sunday, October 3, 2010

JAMBORI NEGERI SEMBILAN & WOSM JOTA/JOTI SEDUNIA 2010

PPM Negeri Sembilan akan menganjurkan Jambori Negeri Sembilan (JAMNES) dan WOSM JOTA/JOTI Sedunia seperti berikut:

Tarikh : 16 - 18 Oktober 2010
Tempat : Bougainvilla Resort (JAMNES), Port Dickson
Bayaran : RM100.00 (lencana, sijil JAMNES, sijil JOTA/JOTI dan makan)
Pendaftaran: 2.00pm - 4.00pm (16 Okt 2010)
Penyertaan: Pengakap Kanak-kanak (Tahun 6 sahaja)
                   Pengakap Muda (Ting 1-3)
                   Pengakap Remaja (Ting 4)
                   Pemimpin/Kelana

Pada masa yang sama, WOSM JOTA/JOTI akan berlangsung pada 16 - 17 Oktober 2010. PPM NS akan juga turut serta dalam WOSM JOTA/JOTI dengan membuka stesen seperti berikut:

Stesen NS (9M4SJN, 9M4CPD)

Tarikh : 16-17 Oktober 2010
Tempat : Banglo Melaka, Port Dickson

Sila berhubung dengan Pesuruhjaya Daerah masing-masing untuk maklumat lanjut. 

Surat kebenaran dari Jabatan Pelajaran NS
Surat perlantikan dan panggilan mesyuarat JAMNES/JOTA-JOTI
Senarai Pegawai untuk JAMNES dan JOTA/JOTI 2010 (GURU)
Senarai Pegawai untuk JAMNES dan JOTA/JOTI 2010 (SWASTA)
Borang Jambori - Pemimpin/Kelana
Borang Jambori - Pengakap


PELAN LOKASI JAMNES