Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Monday, November 14, 2011

KOROBORI PENGAKAP NEGERI SEMBILAN ke-8 2011



Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan telah menganjurkan Korobori Pengakap Negeri Sembilan kali ke-8.  Korobori yang berlangsung di Kem Pengakap Negeri Sembilan, Bukit Putus telah diadakan dari 27 September 2011 hingga 30 September 2011. Seramai 108 pemimpin pengakap telah membantu melaksanakan program-program Korobori ini yang telah dihadiri oleh seramai 311 ahli pengakap dari semua daerah di Negeri Sembilan. 

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah:
  •  Malaysia Cergas                                  
  • Xpdc Korobori
  • Sayang Mataku Sayang
  • Kraftangan Korobori
  • Malam Kebudayaan
  • Cabaran Halangan
  • Permainan Tradisional
  • Fun Fair Pengakap
  • Pazzle
  • Zig  Zac Pazzle
  • Khidmat  Kemasyarakatan
  • Mari  Mewarna
Hanya aktiviti Mari Mewarna dan Malam Kebudayaan sahaja merupakan aktiviti pertandingan.  Bagi Malam Kebudayaan, peserta perlu mempersembahkan tarian tradisional.  Walaupun ada daerah yang tidak mengikut syarat yang ditetapkan, namun ianya tetap meriah yang telah dikendalikan oleh "The Three Tenors" iaitu Tuan Azizulhakim bin Azizan, Tuan Md Izzudin Mohd Shah dan Tuan Mohd Fauzi serta Tuan KC Chan.

Berikut ialah senarai pemenang pertandingan: 

Pertandingan Mari Mewarna
Johan - K. Hugannath (Tampin)
Naib Johan - Siti Mariam Mohd  Shamil (Jempol)
Ketiga - Siti  Nurtasha Shamsul Amri (Tampin)
Saguhati - Nur Najibah Yusra Sulaiman (Jempol)
Saguhati - Nur Syahidah Husnina Zulkifli (Gemas)
Saguhati - L. Darysheene (Tampin)
Saguhati - Syafiqah Agilah Harun (Seremban Timur)
Saguhati - Dineshwary (Tampin)
Saguhati - Rosemira Anisya Syamsul Amri (Seremban Timur)
Saguhati  - Abg Mohd Haziq Abang Ikhwan (Tampin)
Saguhati  - Nureen Syouqina  Haniff (Jempol)
Saguhati  - Muhammad Nur Ikram Mohd Hairudin (Seremban Barat)
Saguhati  - Saidatul Ajeerah Mazzlan (Tampin)

Pertandingan Malam Kebudayaan
Johan - Tampin
Naib Johan - Seremban Timur
Ketiga - Port Dickson

Video Malam Kebudayaan boleh disaksikan di 1Tube.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan pada 30 September 2011 jam 11.00pagi.

Tuesday, October 18, 2011

KURSUS PENGURUSAN PROFESIONALISME GURU KANAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP

Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan, telah menganjurkan satu kursus untuk guru-guru kanan Pengakap di Negeri Sembilan.  Kursus tersebut telah diadakan pada 25 - 28 Julai 2011 bertempat di Impian Seri Morib, Morib, Selangor Darul Ehsan.
Seramai hampir 60 orang pemimpin telah hadir ke kursus tersebut.  Sepanjang tempoh kursus tersebut, para pemimpin telah didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan pengurusan di peringkat sekolah dan daerah.  Antaranya Skim Lencana Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana, Skim Latihan Manikayu, Etika dan Protokol, POR Pengakap, Pengurusan Risiko and Pengurusan.

Antara penceramah-penceramah yang hadir ialah Tuan Zainuddin Bin Denan (Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia), Tuan Hj Zulkifli bin Dato Hj Maulud (Jurulatih Antarabangsa), Tn Hj Rahmat Bin Jaafar (Setiausaha Latihan Pengakap Negara), Brig Jen Dato' Dr Mohd Zin Bin Bidin (Pen Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara - Kesihatan dan Bencana Alam), Tuan Mohd Zaliridzal Bin Zakaria (Pesuruhjaya Ibupejabat Persekutuan Pengakap Malaysia) dan Tuan Sharil bin Kuru (Penolong Setiausaha Eksekutif Latihan, Persekutuan Pengakap Malaysia).

Di akhir kursus, satu upacara penganugerahan manikayu telah dilangsungkan. 2 orang pemimpin dari PPMNS iaitu Tuan Mohd. Nor Azlan bin Mohd Nordin (Pesuruhjaya Daerah Port Dickson) dan Tuan Abd. Rahim bin Pendek (Pesuruhjaya Daerah Gemas) telah dianugerahkan dengan Manikayu 3-butir.  Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Hamdan Bin Hj. Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Negeri Sembilan).

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Ab. Hamid B Hj Omar, Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.  Semoga dengan penganjuran kursus seperti ini, dapat memantapkan lagi pengurusan dan profesionalisme para pemimpin Pengakap di Negeri Sembilan.  Sekaligus dapat melahirkan ahli-ahli Pengakap yang berkualiti.

Sunday, August 7, 2011

TAKZIAH

AL-FATIHAH

PPM Daerah Tampin khususnya dan PPM Negeri Sembilan amnya telah kehilangan seorang pemimpin yang berwibawa dan berdedikasi.  Tuan Muhazir bin Mohamad (ADC Pentadbiran PPM Tampin) telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini, 7 Ogos 2011 bersamaan 7 Ramadhan1432.  Beliau meninggal dunia di Hospital Selayang.

Pihak PPM Negeri Sembilan merakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Thursday, July 28, 2011

Mesyuarat Agung Majlis Pengakap Negeri Sembilan 2011

Majlis Pengakap Negeri Sembilan telah berjaya melangsungkan mesyuarat agung pada 24 April 2011.  Majlis perasmian mesyuarat agung telah dihadiri oleh YB  Dato Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YBhg Dato' Seri Paduka Dr. Hj. Shafie bin Hj. Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara dan YBhg Dato' Haji Kaharudin bin Momin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.

Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Pengakap Malaysia.  Bacaan doa telah disempurnakan oleh Tuan Abd. Rahman bin Abd Manaf.  YBhg Dato' Haji Kaharudin kemudiannya menyampaikan Manikayu dan sijil kepada para pemimpin yang telah menamatkan latihan Manikayu.  Seramai 18 orang pemimpin telah menerima Anugerah Manikayu Pengakap Kanak-kanak dan Pengakap Muda.

Majlis diteruskan dengan penyampaian  Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia yang telah disempurnakan oleh YBhg YBhg Dato' Seri Paduka Dr. Hj. Shafie bin Hj. Mohd Salleh.  Mantan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan, Tuan Haji Jaafar bin Yusof telah mendahului penerima pingat dengan dianugerahkan dengan Pingat Jasa Pengakap. Seterusnya beliau telah menganugerahkan Pingat Perkhidmatan Setia (2 orang), Pingat Perkhidmatan Baik (3 orang) dan Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara (6 orang).

Seterusnya, Ybhg Dato' Seri Paduka Dr. Hj. Shafie bin Hj. Mohd Salleh telah menyampaikan ucapan beliau diikuti dengan ucapan perasmian oleh YB  Dato Mat Ali bin Hassan.  Majlis perasmian mesyuarat selesai pada jam 4.00 petang dan diikuti dengan jamuan ringan.

Mesyuarat Agung Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan telah dimulakan pada jam 4.30 petang dan telah dipengerusikan oleh YBhg Tuan Abd Halim bin Abd Razak.  Majlis telah berjalan dengan lancar dan perwakilan telah sebulat suara menerima dan meluluskan Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan 2007 - 2010.  Para perwakilan juga sebulat suara menerima pencalonan En Salehuddin bin Pungut sebagai Setiausaha Kehormat dan Hj Ahmad bin Janor sebagai Bendahari Kehormat Majlis Pengakap Negeri Sembilan.

Undian ahli majlis telah berlangsung dengan lancar dan para perwakilan telah memilih ahli-ahli Majlis berdasarkan borang undian yang telah diedarkan.  Sambil menunggu keputusan undian, mesyuarat diteruskan dengan membincangkan usul-usul yang telah diterima.  Hasil perdebatan dan perbincangan, beberapa usul akan diperhalusi dan beberapa usul ditolak.

Mesyuarat agung PPMNS telah ditangguhkan pada jam 6.15pm.  Majlis Pengakap Negeri Sembilan ingin merakamkan penghargaan kepada YB Dato Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YBhg Dato' Seri Paduka YBhg Dato' Seri Paduka Dr. Hj. Shafie bin Hj. Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara dan YBhg Dato' Haji Kaharudin bin Momin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, YB. Dato' Abd. Samad bin Ibrahim (Pengerusi JK Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan), YB. Dato' Zainab binti Nasir (Pengerusi JK Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat),  Tuan Abd Halim bin Abd Razak (Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan), Tuan Hamdan bin Hj.  Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan), semua Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan, semua Pesuruhjaya Daerah, pengurusan Klana Resort Seremban dan semua yang telah hadir pada mesyuarat tersebut.

Gambar Mesyuarat Agung boleh di lihat di sini.

Tuesday, May 17, 2011

TAKZIAH

AL-FATIHAH. 

Warga PPM Negeri Sembilan merakam ucapan takziah kepada Cikgu Ariffin Md.Yusof (GPK 1-SK Yamtuan Antah, Gng.Pasir, Kuala Pilah) merangkap Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuala Pilah dan keluarga beliau atas pemergian isteri tercinta.  Semoga beliau dan keluarga tabah di dalam menghadapi ujian Allah S.W.T. dan sentiasa berdoa semoga roh allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Wednesday, February 23, 2011

Kursus Kepimpinan Manikayu - Pengenalan

Pada 19 Februari 2011, Pasukan Latihan Negeri, PPM Negeri Sembilan telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu - Pengenalan. Kursus ini telah dijalankan di Sekolah Dato Abd Razak, Seremban dan telah dihadiri oleh hampir 270 orang peserta. Ketua kursus bagi modul ini ialah En. Mohd. Nor Azlan bin Mohd Nordin (Pesuruhjaya Daerah Port Dickson), En. Mohd Walial 'Ashikin bin Halim (Pesuruhjaya Daerah Rembau) dan En. Abd. Rahim bin Pendek (Pesuruhjaya Daerah Gemas).

Kursus sehari ini telah berjalan dengan lancar dengan para jurulatih memberi penerangan telah pelbagai aspek kepengakapan untuk pengetahuan semua peserta. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Hamdan bin Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri). Sebelum itu, satu Majlis Penganugerahan Manikayu 2-butir telah disempurnakan oleh Tuan Hamdan. Seramai 6 orang pemimpin telah dianugerahkan dengan Manikayu 2-butir (Pengakap Kanak-kanak) dan 3 orang pemimpin dianugerahkan dengan Manikayu 2-butir (Pengakap Muda).

Dalam ucapannya, Tuan Hamdan berharap supaya semua peserta dapat menghadiri kesemua modul bagi membolehkan mereka dianugerahkan Manikayu. Beliau juga meminta agar semua pemimpin untuk berusaha membantu ahli-ahli pengakap di sekolah masing-masing untuk mencapai tahap tertinggi dalam kepengakapan iaitu Anugerah Pengakap Raja. Dalam merealisasikan matlamat tersebut, beliau memaklumkan bahawa Pasukan Latihan Negeri bersedia untuk membantu para ahli pengakap di Negeri Sembilan dalam menyiap dan melatih ahli pengakap untuk mencapai anugerah tesebut. Namun usaha tersebut perlu mendapat komitmen dan kerjasam dari semua pihak terutama dari pemimpin dan ahli itu sendiri.

Pasukan Latihan Negeri ingin merakamkan penghargaan kepada Sekolah Dato Abd Razak kerana menyediakan tempat berkursus yang selesa. Selain itu, rakaman penghargaan kepada para Jurulatih dan Urusetia yang membantu melancarkan perjalanan kursus. Dan paling utama, kepada semua peserta kursus yang hadir.

Berjumpa nanti di Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1.  Gambar sepanjang kursus boleh dilihat di Galeri Gambar.
Posted by Picasa