Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Tuesday, October 18, 2011

KURSUS PENGURUSAN PROFESIONALISME GURU KANAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP

Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan, telah menganjurkan satu kursus untuk guru-guru kanan Pengakap di Negeri Sembilan.  Kursus tersebut telah diadakan pada 25 - 28 Julai 2011 bertempat di Impian Seri Morib, Morib, Selangor Darul Ehsan.
Seramai hampir 60 orang pemimpin telah hadir ke kursus tersebut.  Sepanjang tempoh kursus tersebut, para pemimpin telah didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan pengurusan di peringkat sekolah dan daerah.  Antaranya Skim Lencana Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana, Skim Latihan Manikayu, Etika dan Protokol, POR Pengakap, Pengurusan Risiko and Pengurusan.

Antara penceramah-penceramah yang hadir ialah Tuan Zainuddin Bin Denan (Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia), Tuan Hj Zulkifli bin Dato Hj Maulud (Jurulatih Antarabangsa), Tn Hj Rahmat Bin Jaafar (Setiausaha Latihan Pengakap Negara), Brig Jen Dato' Dr Mohd Zin Bin Bidin (Pen Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara - Kesihatan dan Bencana Alam), Tuan Mohd Zaliridzal Bin Zakaria (Pesuruhjaya Ibupejabat Persekutuan Pengakap Malaysia) dan Tuan Sharil bin Kuru (Penolong Setiausaha Eksekutif Latihan, Persekutuan Pengakap Malaysia).

Di akhir kursus, satu upacara penganugerahan manikayu telah dilangsungkan. 2 orang pemimpin dari PPMNS iaitu Tuan Mohd. Nor Azlan bin Mohd Nordin (Pesuruhjaya Daerah Port Dickson) dan Tuan Abd. Rahim bin Pendek (Pesuruhjaya Daerah Gemas) telah dianugerahkan dengan Manikayu 3-butir.  Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Hamdan Bin Hj. Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Negeri Sembilan).

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Ab. Hamid B Hj Omar, Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.  Semoga dengan penganjuran kursus seperti ini, dapat memantapkan lagi pengurusan dan profesionalisme para pemimpin Pengakap di Negeri Sembilan.  Sekaligus dapat melahirkan ahli-ahli Pengakap yang berkualiti.