Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Sunday, December 23, 2012

BELASUNGKAWA

Dukacita dimaklumkan bawah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan, Tuan Haji Anwar bin Ab. Rahman pada jam 0630 pagi, 23 Disember 2012. 

Kami di Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Haji Anwar serta mendoakan moga Allahyarham ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.

AL-FATIHAH

Tuesday, December 18, 2012

KURSUS PENTARAFAN PENGAKAP RAJA SIRI 2/2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dengan kerjasam Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan akan mengadakan kursus tersebut seperti dibawah:

Tarikh : 20 Disember - 23 Disember 2012
Tempat : Kem Pengakap Negeri Sembilan, Bukit Putus
Bayaran : RM60

Peserta kursus diminta melaporkan diri di tempat kursus pada 20 Disember 2012 pada jam 1.00 petang.  Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila berhubung dengan :

En. Abdul Rahim bin Pendek
Ketua Pentaraf
Kursus Pentarafan Pengakap Diraja NSDK
(0192213347)

Surat pelepasan pegawai, peserta dan senarai ahli boleh didapati di bahagian Siaran.


Tuesday, November 20, 2012

1 MALAYSIA LANGKAWI GEOPARK MARITIME INTERNATIONAL SCOUT JAM.MOOT 2012, LANGKAWI

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah dan Kelana Seri Angkasa (KSA) dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) akan menganjurkan 1 Malaysia Langkawi Geopark Maritime lnternational Scout Jam-Moot.seperti ketetapan berikut:

Tarikh  :  12 hingga 17 Dec2012
Tempat : Pantai Kok, Langkawi Kedah.
Bayaran Penyertaan : RM 60.00 seorang
Kelayakan : Ahli Pengakap muda,remaja dan kelana
Anggaran Penyertaan : 2000 orang termasuk peserta luar negara
Aktiviti : terdapat lebih 17 aktiviti-aktiviti menarik disediakan.

Surat siaran PPM Ibupejabat dan borang pendaftaran boleh didapati di Bahagian Siaran.

Sila rujuk di bawah untuk senarai aktiviti dan lakaran tapak jambori.

1.  Aktiviti
2.  Tapak Jambori

Tuesday, November 13, 2012

PASUKAN SUKARELAWAN PPMNS

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Tuan Hamdan Mohd Nor telah memberikan kebenaran untuk menubuhkan Pasukan Bantuan Sukarelawan PPMNS di bawah Unit Kelana dan Unit Bencana.  Kita sedang dalam proses mengumpulkan data bagi merealisasikan penubuhan pasukan ini bagi memberi bantuan ketika berlaku sebarang bencana terutamanya di dalam Negeri Sembilan.

Mereka yang berminat, sila isikan borang pendaftaran di sini.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan:

En. Azizulhakim bin Azizan (azizulhakim@giatmara.edu.my)
ASC Adha Fikris bin Mokhar (adhamokhtar@ktj.edu.my)

Friday, November 2, 2012

PENTARAFAN PENGAKAP RAJA SIRI 2/2012

Sukacita dimaklumkan PPM Negeri Sembilan akan mengadakan Pentarafaran Pengakap Raja Siri 2/2012 seperti di bawah:

Tarikh : 20 hingga 23 Disember 2012 (4 hari/3 malam)
Tempat : Kem Pengakap Bukit Putus. Jalan Kuala Pilah, Seremban
Yuran Penyertaan : RM 60.00 (makan/minum disediakan)

Maklumat lanjut sila rujuk bahagian Siaran atau berhubung terus dengan

En. Abdul Rahim Bin Pendek
Ketua Pentaraf
Perkhemahan Pentaran Pengakap Raja Negeri Sembilan Siri 2 / 2012
No. HP : 019 2213347 

GDV Planning Team member - World Scout Moot 2013

Dear Colleagues,

Greetings!

We are pleased to inform you that the organizing committee of the 2013 World Scout Moot in  collaboration with the World Scout Bureau/Asia-Pacific Regional Office is looking for experienced volunteer Scouts to join the Global Development Village Planning Team at the World Scout Moot in Canada.
Therefore, we would like your NSO to take this opportunity to nominate a possible candidate for this position for consideration. The nominee should posses the following criteria:

- age between 25 and 45 years old; either male or female;
- held a similar position(GDV planning team member) in a regional/national camp;
- participated/served as an IST in a World Scout Jamboree or World Scout Moot;
- speaks English fluently;
- has experience on working with NGOs and global issues;
- able to devote 3 to 5 hours per Week to the GDV;
- able to participate at Skype meetings (which will usually be held somewhere between 17:00 and 23:00 CET)
- able to participate at one preliminary meeting most probably held in early 2013 (March to May if possible somewhere in Europe).

Please note that the main working language of the team will be English, but the camp will be held in a French speaking area.

If you are interested to send a nominee, please send the detailed CV with recent photograph highlighting his/her Scouting background and achievement as Scout/Scout Leader not later than 15 November 2012.

Upon receiving nominations, the best Scout/Leader from among the nominated candidates will be selected based on merit and the successful applicants will be notified by early December 2012.

We hope to receive you nomination before the deadline.

With best regards,


Abdullah Rasheed
Regional Director - Asia-Pacific Region

1MALAYSIA LANGKAWI GEOPARK MARITIME INTERNATIONAL SCOUT JAM-MOOT 2012, LANGKAWI

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah dan Kelana seri Angkasa (KSA) dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) akan menganjurkan 1 Malaysia Langkawi Geopark Maritime lntemational Scout Jam-Moot seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 12 Dis hingga 17 Dis 2012
Tempat: Pantai Kok, Langkawi Kedah

Kepada ahli Kelana Negeri Sembilan yang berminat, sila berhubung dengan Tuan Ketua Pesuruhjaya.  Siaran dari Ibu-Pejabat PPM dan Surat kelulusan pelepasan dari Kementerian Pelajaran Malaysia boleh di dapati di bahagian Siaran.

Terima kasih.

Thursday, October 4, 2012

JAMBORI DI UDARA / INTERNET SEDUNIA 2012

Sukacitanya dimaklumkan bahawa World Organization Scouts Movement (WOSM) akan menganjurkan Jambori On The Air (JOTA) kali ke-55 dan Jambori On The lnternet kali ke-16 Peringkat Dunia pada 19 hingga 22 Oktober 2012.

Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan membuka satu (1) stesen radio amateur dan intemet induk akan beroperasi di Kem Pengakap Negeri Melaka yang akan menghubungkan ahli-ahli Pengakap Malaysia seluruh Negara dan peringkat Rantau Asia Pasifik serta Dunia.

Oleh yang demikian, PPMNS dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan menganjurkan program Jambori di Udara ke 55 / Jambori di Internet ke 16 Sedunia pada 19 – 21 Oktober 2012 bertempat di Si-Rusa Inn, Lot 2724, Batu 9, JalanPantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kepada ahli – ahli pengakap seluruh Negeri Sembilan yang berminat untuk menyertai Jambori tersebut, yuran penyertaan adalah sebanyak RM 10.00 (tanggungan sendiri). Cek/wang tunai perlu dibayar atas nama MAJLIS PENGAKAP NEGERI SEMBILAN.

Penyertaan Daerah adalah mengikut jadual dibawah.

MASA                     SABTU 20 OKTOBER 2012                    AHAD 21 OKTOBER 2012
0800 – 1300                          REMBAU                                             SEREMBAN TIMUR
                                        KUALA PILAH                                         SEREMBAN BARAT
                                              JELEBU                                                    PORT DICKSON

1300 - 1800                         JEMPOL
                                            GEMAS
                                            TAMPIN


Untuk maklumat lanjut, sila lihat surat siaran PPM Ibupejabat atau berhubung dengan Pesuruhjaya Daerah masing-masing.  Borang penyertaan boleh dimuat-turun di bahagian Borang.

Wednesday, September 19, 2012

JEMPUTAN SEBAGAI PEMERHATI KE 24th APR CONFERENCE (BANGLADESH)

YB. Dato' Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara telah mendapat persetujuan dari Dato' Seri Paduka Ketua Pengakap Negara untuk memberi peluang kepada semua Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri-negeri, Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Ahli-ahli Majlis Pengakap Negeri dan Pesuruhjaya Daerah yang berminat untuk turut serta sebagai pemerhati semasa berlangsungnya 24th AsiaPacific Regional Scout Conference pada 24 hingga 29 November 2012 bertempat di Dhaka Sheraton Hotel, Dhaka City, Bangladesh.

Tarikh tutup ialah pada 28 September 2012.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Bahagian Siaran.

KURSUS ANJURAN PPM IBU PEJABAT

Sukacita dimaklumkan PPM Ibu Pejabat akan menganjurkan beberapa kursus seperti di bawah.

1.  KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Dengan kerjasama 
St Johns Ambulans, Malaysia

Tarikh Kursus 
06 - 07 Okt 2012 (Sabtu - Ahad)

Tempat Kursus  
Pusat Latihan Pengakap Malaysia
Wisma Shafie Mohd Salleh
No. 29, Jalan Taming Permai 1
Kawasan Perniagaan Taming Permai
43200 Balakong, Selangor

Yuran Kursus 
RM 250.00 (seorang)
(Bayaran merangkumi bahan kursus, sijil 5t. John Ambulans, Ujian Asas Pertolongan Cemas tidak termasuk makan/minum)

Penginapan
RM 20.00 (semalam)


2.  KURSUS KEPIMPINAN ASAS PEMIMPIN PENGAKAP LAUT SIRI 1/2012

Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan, Persekutuan Pengakap Malaysia dengan kerjasama Jabatan Laut Wilayah Selatan akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Asas Pemimpin Pengakap Laut siri 1/2012.  Butirannya seperti berikut: 

Dengan kerjasama 
Jabatan Laut Wilayah Selatan

Tarikh
05 - 07 Okt 2012 (Jumaat - Ahad)

Tempat
Pengakalan labatan Laut
Wilayah Selatan
Tanjung Pelepas, Gelang Patah
Johor

Yuran Penyertaan 
RM 200.00 (seorang)
- termasuk makan/minum, penginapan, sijil, lencana Pengakap Laut dan bahan kursus


3.  KURSUS ASAS PAYUNG TERJUN Siri 1/2012

Dengan hormat dan sukacitanva dimaklumkan bahawa Sekretariat Pengakap Udara Kebangsaan, Persekutuan Pengakap Malaysia dengan kerjasama Persatuan Terjun Payung Kuala Lumpur akan menganjurkan kursus Asas Payung Terjun siri 1/2012.  Butirannya adalah seperti berikut:

Dengan kerjasama 
Persatuan Terjun Payung Kuala Lumpur

Tarikh
05 -07 Okt 2012 (Jumaat -Ahad)

Tempat
Segamat Golf and Country Club, Segamat, Johor

Yuran Penyertaan      
RM 200.00 (seorang)
- makan/minum, penginapan, siiil, lencana payung terjun dan bahan kursus

Yuran Pendaftaran 
RM 850.00 (seorang dibayar kepada Persatuan Terjun Payung Kuala Lumpur)
- bayaran termasuk minyak kapal terbang dan sewa payung terjun

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Bahagian Siaran.

Thursday, September 13, 2012

MAKLUMAT PERIBADI DAN GAMBAR BERUNIFORM

Sukacita dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia sedang mengemaskini maklumat peribadi Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pengakap pada peringkat Negara dan Negeri bagi memudahkan urusan pentadbiran Persekutuan Pengakap Malaysia bagi tahun 2012 /2013.

Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan adalah dipohon untuk menghantar maklumat peribadi beserta gambar passport beruniform Pengakap dalam bentuk hardcopy dan softcopy dengan kadar yang segera.

Softcopy, sila hantar ke Ibu pejabat - Pn Hamidah (otus_rufescens@yahoo.com.my) dan hardcopy kepada Tuan SC untuk tindakan seterusnya.

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran.

KURSUS KEPIMPINAN PENGAKAP - MANIKAYU PERINGKAT 1 SIRI 2/2012

Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dengan kerjasama Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan menganjurkan kursus tersebut kepada pemimpin-pemimpin / guru-guru pengakap yang pernah menghadiri kursus kepimpinan Maniukayu –Penerangan sebelum ini.

Maklumat lanjut, sila lihat bahagian Siaran.  Surat kebenara dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan dimuat-naik secepat mungkin.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Tuan Amir Fuad Mohd Dom (HP: 019 2664204 / 019-6342830)

Thursday, June 28, 2012

Pembukaan rasmi MY SCOUT SHOP

PPMNS menjemput semua Pen Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Daerah, Pen Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin-pemimpin Kumpulan dan Pengakap Kelana di Negeri Sembilan untuk hadir ke Wisma Pengakap Negeri Sembilan bagi majlis pembukaan rasmi "MY SCOUT SHOP".  Butirannya seperti dibawah:

Tarikh  : 1 Julai 2012 (Ahad)
Masa    : 10.00pagi
Tempat : Wisma Pengakap Negeri Sembilan
Pakaian : Baju korporat atau berpakaian kemas

Tuesday, May 22, 2012

Ahli Jawatankuasa Majlis Pengakap Kelana Negeri, Negeri Sembilan

Penubuhan Majlis Pengakap Kelana Negeri, Negeri Sembilan.


Pada 1 April 2012, bertempat di Restoran Wadi-Ar-Raudhah, telah berlangsungnya satu Mesyuarat Agung Majlis Pengakap Kelana Negeri, Negeri Sembilan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri, En Hamdan bin Md Nor. Seramai 6 orang pesuruhjaya Daerah telah datang pada hari perasmian tersebut. Pada hari perasmian itu juga, seramai 18 orang pewakilan telah menghadirkan diri dari 9 daerah yang berbeza, serta 6 orang ahli pengakap yang hadir sebagai pemerhati.

Tujuan Majlis Pengakap Kelana Negeri, Negeri Sembilan ini ditubuhkan ialah untuk merancang hala tuju dan kebajikan Pengakap Kelana di seluruh daerah Negeri Sembilan. Sebelum tertubuhnya majlis ini, satu ahli jawatankuasa penaja telah dibentuk bagi menyegerakan penubuhan majlis ini. Jawatankuasa penaja telah dibantu oleh beberapa orang penasihat tertinggi negeri, bagi menghimpunkan wakil tertinggi Majlis Pengakap Kelana Daerah. Kehadiran pewakilan dan pemerhati adalah amat menggalakkan.
Perlantikkan ahli majlis yang baru juga dilakukan selepas pembubaran jawatankuasa penaja, berikut ialah ahli jawatankuasa Majlis Pengakap Negeri,Negeri Sembilan.

Ahli Jawatankuasa Majlis Pengakap Kelana Negeri, Negeri Sembilan

 Pengerusi          :          Mohd Faries Faizal bin Shamsul
 Naib Pengerusi :           Muhammad Hafiz bin Anuar
 Setiausaha        :           Norbasheerah binti Kamal Mohd
 Naib S/U          :           Abdul Rahman bin Mat Ozanor
 Bendahari         :           Mohd Syafik bin Mohd Taufik
 AJK     1)         :           Noradila binti  Mohd Zahidi
              2)        :           Muhammad Akid bin Nordin
              3)        :           Wan Jienn Seong
              4)        :           Muhammad Syafik bin Qamaruddin
              5)        :           Azizul Mat Aris
              6)        :           Muhammad Umry bin Khois
              7)        :           Thirumurugah Peerashadan A/L Krishnan
              8)        :           Muhammad Afik Bin Taufik
              9)        :           Lau Cuai Lee

Pemeriksa Kira-Kira

              1)         :           Lee Kim Young
              2)         :           Wan Nursaidatul Ikhsan binti Nasution


Kesemua ahli jawatankuasa baru ini telah mendapat dicalonkan dan dipersetujui oleh mesyuarat ahli majlis. Kehadiran wakil daripada Majlis Pengakap Kelana Negara telah menjadi tanda sokongan terhadap penubuhan majlis ini.

Diharapkan juga dengan tertubuhnya Majlis Pengakap Kelana Negeri, Negeri Sembilan ini, kami dapat bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama bagi merangka dan mengadakan aktiviti bersama serta  memperkenalkan lagi Pengakap Kelana pada masyarakat di negeri Sembilan khususnya.

"SEKALI PENGAKAP, SELAMANYA PENGAKAP"


Monday, May 14, 2012

ASIA-PACIFIC REGIONAL SCOUT YOUTH FORUM - BANGLADESH


World Organization of Scout Movement - Asia Pacific Regional (WOSM-APR) akan mengadakan 7th Asia-Pacific Regional Scout Youth Forum - Bangladesh seperti berikut:

Tarikh : 17 - 21 November 2012
Tempat : National Scout Training Center Mouchak, Gazipur, Bangladesh

Maklumat lanjut, sila lihat Siaran PPM di bahagian Siaran.

Monday, April 16, 2012

TAKZIAH

Dukacita dimaklumkan bahawa bonda kepada YB Dato Dr. Mohamad Shahrum Osman, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, telah kembali ke rahmatullah pada jam 1pagi (16/4/2012).  Jenazah akan dikebumikan pada jam 11pagi di Kg. Mela, Kuala Lipis, Pahang.

Warga PPM Negeri Sembilan merakamkan ucapan takziah.  Semoga roh bonda YB Dato dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

AL-FATIHAH

Friday, April 13, 2012

Pentarafan Pengakap Raja Siri 1/2012

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan akan menjalankan kursus pentarafan Pengakap Raja seperti berikut:

Tempat : Kem Pengakap Bukit Putus, Jalan Kuala Pilah, Seremban

Tarikh : 4 - 7 Jun 2012 (4 hari 3 malam)

Bayaran : RM55 (termasuk makan/minum)

Sila rujuk bahagian Siaran untuk maklumat lanjut.

Jambori Negeri Sembilan ke 10 (2012) - Perubahan Tarikh

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan akan menganjurkan Jambori Negeri Sembilan kali ke-10 seperti berikut:

Tarikh  :  26 - 29 Mei 2012

Tempat : Kem Pengakap Bukit Putus,Jalan Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Bayaran :
Ahli Pengakap - RM30 seorang
Pemimpin dan Kelana - RM40 seorang
Bayaran meliputi Kit Jambori (Lencana Jambori, Sijil, kad Aktiviti /Tag Nama dan baju T) dan Aktiviti Jambori.   * Bayaran tidak termasuk makan/minum dan pengangkutan

Pegawai/Urusetia/Petugas -  RM40
Bayaran meliputi Kit Jambori (Lencana Jambori, Sijil, Tag Nama, Baju T) dan makan/minum

Maklumat lanjut JAMNES 2012, boleh didapati di bahagian Siaran.

Tuesday, April 3, 2012

PENDAFTARAN 2012

Berikut ialah senarai sekolah yang telah menghantar softcopy borang pendaftaran PPM-2A kepada PPMNS.  Kepada kumpulan yang belum mendaftar, harap dapat membuat pendaftaran dengan kadar segera.


DAERAH JELEBU
SJKT Ladang Middleton
SK Dato Undang Abdullah
SMK Teriang Hilir

DAERAH JEMPOL
SK Sungai Lui
SK Serting Ilir

DAERAH PORT DICKSON
SJKC Ladang Siliau
SJKT Ladang Sengkang
SK Permatang Pasir
SK Panglima Adnan
SK Telok Kemang
SK Port Dickson
SK Kg Gelam
SJKT Ladang Sagga
SJKT Ladang Bradwall
SJKT Kem Askar Melayu
SJKT Mukundan
SMK Tinggi Port Dickson

DAERAH SEREMBAN BARAT
SMK Kompleks KLIA

DAERAH SEREMBAN TIMUR
SK Methodist ACS

DAERAH TAMPIN
PDK Tampin
SMK Tunku Besar
SMK Taman Indah
SMK Tunku Syed Idrus

Friday, February 24, 2012

Pingat Kecemerlangan Pendidikan Pengakap

Persekutuan Pengakap Malaysia telah menzahirkan Pingat Kecemerlangan Pendidikan bagi peringkat Ijazah, Diploma, STPM, SPM, PMR dan UPSR.  Ianya sebagai satu Penghargaan dan memberi penghormatan tertinggi kepada ahli-ahli Pengakap yang "out standing" bukan sahaja dalam kepengakapan tetapi juga dari segi akademik.

Sila berhubung dengan Pesuruhjaya Daerah masing-masing atau dengan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri untuk maklumat lanjut.  Siaran pingat boleh didapati di sini.

Tuesday, January 31, 2012

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU - PENGENALAN 2012


Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dengan kerjasama Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu - Pengenalan kepada pemimpin-pemimpin / guru-guru pengakap baru atau yang belum pernah menghadiri kursus kepimpinan ini.

Kursus tersebut di atas akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh                    :  18 Februari 2012 (Sabtu)
Masa                     :  08.00 pagi hingga 05.00 petang 
Tempat                 :  Dewan Besar 
                                  SMK Datuk Hj Abdul Samad, Port Dickson
Bayaran                :  RM25.00 seorang

Borang dan surat pelepasan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan boleh di muat-turun di bahagian Siaran
  
Sebarang pertanyaan, sila hubungi

En. Amir Fuad Bin Mohd Dom
Penolong Pesuruhjaya Negeri (Pentadbiran)
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan
D/A SMK Kg. Baru Si Rusa
71050 Si Rusa, Port Dickson
Tel : 019-2664204

Saturday, January 21, 2012

TAKZIAH

Warga PPM Negeri Sembilan merakam ucapan takziah kepada Cikgu Md Izzuddin bin Mohd Shah, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Port Dickson dan keluarga beliau atas pemergian ayahanda tersayang.  Semoga beliau dan keluarga tabah di dalam menghadapi ujian Allah S.W.T. dan sentiasa berdoa semoga roh allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.  AL-FATIHAH.

Wednesday, January 18, 2012

PEMAKAIAN LENCANA WOSM

Sukacita dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja, Majlis Eksekutif Pengakap Negara pada 28 Oktober 2011, telah memutuskan bahawa semua ahli pergerakan pengakap di Malaysia perlu memakai lencana ini di pakaian seragam masing-masing di atas poket kanan. 

Sila rujuk surat rasmi PPM Malaysia rujukan PPM-2(439)/2011 untuk maklumat lanjut.