Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Thursday, October 4, 2012

JAMBORI DI UDARA / INTERNET SEDUNIA 2012

Sukacitanya dimaklumkan bahawa World Organization Scouts Movement (WOSM) akan menganjurkan Jambori On The Air (JOTA) kali ke-55 dan Jambori On The lnternet kali ke-16 Peringkat Dunia pada 19 hingga 22 Oktober 2012.

Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan membuka satu (1) stesen radio amateur dan intemet induk akan beroperasi di Kem Pengakap Negeri Melaka yang akan menghubungkan ahli-ahli Pengakap Malaysia seluruh Negara dan peringkat Rantau Asia Pasifik serta Dunia.

Oleh yang demikian, PPMNS dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan menganjurkan program Jambori di Udara ke 55 / Jambori di Internet ke 16 Sedunia pada 19 – 21 Oktober 2012 bertempat di Si-Rusa Inn, Lot 2724, Batu 9, JalanPantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kepada ahli – ahli pengakap seluruh Negeri Sembilan yang berminat untuk menyertai Jambori tersebut, yuran penyertaan adalah sebanyak RM 10.00 (tanggungan sendiri). Cek/wang tunai perlu dibayar atas nama MAJLIS PENGAKAP NEGERI SEMBILAN.

Penyertaan Daerah adalah mengikut jadual dibawah.

MASA                     SABTU 20 OKTOBER 2012                    AHAD 21 OKTOBER 2012
0800 – 1300                          REMBAU                                             SEREMBAN TIMUR
                                        KUALA PILAH                                         SEREMBAN BARAT
                                              JELEBU                                                    PORT DICKSON

1300 - 1800                         JEMPOL
                                            GEMAS
                                            TAMPIN


Untuk maklumat lanjut, sila lihat surat siaran PPM Ibupejabat atau berhubung dengan Pesuruhjaya Daerah masing-masing.  Borang penyertaan boleh dimuat-turun di bahagian Borang.