Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Sunday, December 23, 2012

BELASUNGKAWA

Dukacita dimaklumkan bawah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan, Tuan Haji Anwar bin Ab. Rahman pada jam 0630 pagi, 23 Disember 2012. 

Kami di Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Haji Anwar serta mendoakan moga Allahyarham ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.

AL-FATIHAH

Tuesday, December 18, 2012

KURSUS PENTARAFAN PENGAKAP RAJA SIRI 2/2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dengan kerjasam Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan akan mengadakan kursus tersebut seperti dibawah:

Tarikh : 20 Disember - 23 Disember 2012
Tempat : Kem Pengakap Negeri Sembilan, Bukit Putus
Bayaran : RM60

Peserta kursus diminta melaporkan diri di tempat kursus pada 20 Disember 2012 pada jam 1.00 petang.  Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila berhubung dengan :

En. Abdul Rahim bin Pendek
Ketua Pentaraf
Kursus Pentarafan Pengakap Diraja NSDK
(0192213347)

Surat pelepasan pegawai, peserta dan senarai ahli boleh didapati di bahagian Siaran.