Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Thursday, March 28, 2013

Program Skim Lencana Kelana

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan menganjurkan Program Skim Lencana Kelana peringkat Negeri Sembilan seperti butiran berikut.

Program : Pertolongan Cemas
Tarikh : 19 – 21 APRIL 2013
Tempat : Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Rembau, Bt 8 Mukim Kundur Hilir,
71400 Pedas, N. Sembilan.
Masa Pendaftaran : 3.00 ptg hingga 5.00 ptg (19 April 2013)
Yuran Penyertaan : RM50.00 (termasuk makan minum, sijil dan lencana)
Penginapan : Tapak perkhemahan disediakan (Khemah bawa sendiri)
Sasaran : 240 ahli Pengakap Kelana sekitar Negeri Sembilan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Surat PPMNS dan Surat Pelepasan JPNS di bahagian Siaran.  Sila muat-turun borang program untuk tindakan lanjut.

Tuesday, March 26, 2013

PELANCARAN TABUNG WIRA LAHAD DATU

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia telah melancarkan Tabung Wira Lahad Datu PPM pada 7hb Mac 2013 di Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

Sehubungan dengan itu, PPM berharap agar Tabung Wira Lahad Datu PPM ini dapat diperluaskan sehingga ke Daerah dan Kumpulan dalam Negeri YBhg. Datuk/Dato'/Tuan untuk disumbangkan kepada keluarga perwira-perwira yang terkorban demi menjaga keselamatan Negara kita Malaysia serta menyahut seruan kerajaan bagi membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga dan waris perwira Negara. Segala sumbangan dan kutipan hendaklah dihantar ke lbu Pejabat PPM sebelum atau pada 5 April 2013 untuk disalurkan kepada Tabung Wira Lahad Datu Negara.

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran.