Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Tuesday, May 21, 2013

KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

PPM Negeri Sembilan ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Encik Rofli bin Mohamed di atas lantikan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Penyampaian Tauliah dan Majlis Mengangkat Sumpah telah disempurnakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja, Majlis Eksekutif Pengakap Negara (MEPN) pada 12 Mei 2013.

Semoga PPM Wilayah Persekutuan terus maju di bawah kepimpinan beliau.

TAHNIAH

JAMBORI PENGAKAP ANTARABANGSA MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA KALI KE-9

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka akan menganjurkan Jambori Pengakap Antarabangsa Melaka Bandaraya Warisan Dunia kali ke-9 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 25 hingga 30 Mei 2013
Tempat : Kem Pengakap Melaka, Bukit Katil, Melaka;
Bayaran Penyertaan : RM 60.00 seorang
Aktiviti : terdapat lebih l0 aktiviti-aktiviti menarik disediakan

Surat pelepasan JPNS, senarai ahli kontinjen dan senarai AJK Kontinjen PPMNS, boleh didapati di Bahagia Siaran.  Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Pn. Noraida binti Ahmad
Ketua Kontinjen
Tel : 017-2935642 

JAMBORI PENGAKAP 1 BELIA 1 MALAYSIA 2013

Tarikh
22 hingga 26 Mei 2013 (5 hari / 4 malam)

Tempat
Putrajaya

Masa Bertolak 
8.30 pagi (22 Mei 2013)
Stadium Paroi, Seremban 

Masa Bersurai
1.00 tgh (26 Mei 2013)

Penyertaan
Pengakap Kelana
Pengakap Remaja
Pengakap Muda 
Pengakap kanak-kanak

Bayaran
RM 20.00 (pengangkutan dan makan/minum disediakan)

Maklumat lanjut sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

 En. Saiful Izham Bin Ahmad 
Penolong Pesuruhjya Negeri 
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 
HP : 019 7287485