Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Thursday, August 7, 2014

THE 5TH ISLAMIC PRIVATE SCHOOL SCOUT JAMBOREE 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa The Office of The Private Education Songkhla Province, Thailand telah memanjangkan iemputan untuk mengadakan The 5th lslamic Private School Scout Jamboree 2014 bertempat di Hatyai Municipality Scout Camp, Hatyai District, Songkhla Province, Thailand pada 20 hingga 28 Ogos 2014.

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran.

APR WORKSHOP

Sukacitanya dimaklumkan bahawa World Organization of the Scout Movement / Asia Pacific Region  dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan APR Workshop on Delivering Better Services to Stakeholders pada 9 hingga 13 September 2014 bertempat di Scout Inn Resort, Kuala Terengganu.
 
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran.

PROGRAM KAPAL LAYAR DIRAJA (KLD) TUNAS SAMUDERA (LUMUT-LANGKAWI-LUMUT)

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan menganjurkan Program Pelayaran KLD Tunas Samudera (Skim Belia) pada 7 hingga 20 Oktober 2014 dan 5 hingga 18 November 2014.

Syarat-syarat bagi mengikuti Program Pelayaran KLD Tunas Samudera ini adalah seperti berikut:

a) Sihat tubuh badan (tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius);
b) Berumur 18-35 tahun dan merupakan ahli persatuan belia yang bergiat aktif dalam program pembangunan belia ;
c) Mendapat pengesahan dari persatuan yang diwakili ;
d) Pengesahan dari doktor yang bertauliah diperlukan semasa pendaftaran.

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran.