Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Friday, October 3, 2014

WOSM JAMBORI DI-UDARA KE-57 DAN JAMBORI DI-INTERNET KE-18 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa World Organization of The Scout Movement (WOSM) akan menganjurkan Jambori di-Udara (Jamboree on The Air - JOTA) kali ke-57 dan Jambori di-Internet (Jamboree on the Internet - JOTI) ke-18 pada 17 - 19 Oktober 2014.  Dijangka lebih dari 100 buah negara dan hampir satu juta Pengakap dari seluruh dunia akan mengambil bahagian.

Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan  menganjurkan Jambori Di Udara (Jota) Ke – 57 Dan Jambori Di Internet (Joti) Ke-18 Sedunia yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 17 hingga 19 Oktober 2014
Masa daftar : 2.00 ptg (17 Oktober 2014)

Stesen Induk : Kem Pengakap Negeri, Bukit Putus, Seremban
Bayaran : RM30 (berkhemah), RM5 (lawatan)


Bayaran bagi peserta berkhemah termasuk makan-minum, sijil dan lencana.  Pengangkutan adalah tanggungjawab sekolah masing-masing.  Bagi lawatan, peserta perlu berada di tapak jambori minimum 6-jam bagi melayakkan mereka memperolehi sijil dan lencana.

Surat kelulusan dari JPNS sedang dimohon.  Maklumat lanjut, sila berhubung dengan :

En. Nizam
Penganjur JOTA Negeri (SJO)
Tel : 017-3642554

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER KESELAMATAN PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KEDUA PPM 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia melalui Jawatankuasa Pengurusan Risiko PPM akan menganjurkan Pertandingan Poster Keselamatan Peringkat Kebangsaan Kali Kedua PPM 2014 bemula 1 Oktober hingga 30 November 2014.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran