Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Tuesday, September 30, 2014

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PPMNS KALI KETIGA 2014

Sukacita dimaklumkan, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan akan mengadakan Majlis Mesyuarat Pesuruhjaya PPMNS kali Ketiga Tahun 2014.  Ketetapannya adalah seperti berikut :

Tarikh : 1 Oktober 2014 (Rabu)
Masa   : 2.30pm
Tempat : SMK Kg. Baru Si Rusa, Port Dickson

Sila rujuk bahagian Siaran bagi surat pelepasan JPNS dan senarai ahli Majlis.

Terima kasih.

Monday, September 15, 2014

JAMBORI SEMPADAN DAN JAMBORI DI INTERNET KE-13 PERINGKAT DUNIA TAHUN 2014

Sukacitanya dimaklumkan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perlis akan menganjurkan Jambori Sempadan Pengakap Perlis, Jambori Di Udara ke-57 dan Jambori Di lnternet ke-13 Peringkat Dunia 2014 seperti ketetapan berikut:

Tema Jambori : "FRIENDSHIP OVER BOUNDARIES"

Tarikh : 16 - 1-9 Oktober 2014

Lokasi : Tasoh Lake Resort & Retreat, Beseri, Perlis

Peserta : Pemimpin, pengakap kelana, pengakap remaja (Lelaki dan perempuan) yang berdaftar

Yuran Penyertaan : RM70.00 seorang untuk pemimpin, pengakap kelana, pengakap muda termasuk (skaf jambori, t-shirt jambori, lencana jambori dan ku aktiviti dan tag nama )

Bayaran : Cek atau bank draf atas nama MAJLIS PENGAKAP NEGERI PERLIS

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

En. Chan Kau Chai
Penolong Pesuruhjaya Negeri (Pengerusi Program)
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 
D/A SK Tunku Besar Tampin
73000 Tampin, NSDK
Tel: 06 4411348 Fax: 06 4411410      HP: 012 6518088
Email:   jimmykc58@yahoo.com

KABORI SARAWAK KE-6

Sukacita dimaklumkan, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak akan mengelolakan Kabori Sarawak ke-6 seperti ketetapan di bawah:

Tarikh : 2 - 5 Oktober 2014
Tempat : Sumiran Eco-Camp, Rantau Panjang off Jalan Batu Kawah, Kucing

Dijangka seramai 1500 orang pengakap Kanak-Kanak terdiri dari murid-murid dan Pemimpin dari sekolah rendah seluruh Sarawak dan juga dari negara jiran seperti Indonesi, Brunei dan Singapura akan turut serta dalam Kabori ini.

Sehubungan dengan itu, 6 orang pengakap Kanak-kanak dan 2 pemimpin dari Negeri Sembilan dijemput untuk menyertai Kabori ini.

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

En. Chan Kau Chai 
Penolong Pesuruhjaya Negeri (Pengerusi Program)
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan  
D/A SK Tunku Besar Tampin, 
73000 Tampin, NSDK  
Tel: 06 4411348 Fax: 06 4411410      HP: 012 6518088  
Email:   jimmykc58@yahoo.com

Wednesday, September 10, 2014

APR SCOUT CARTOON CHARACTER CONTEST

World Organization of the Scout Movement / Asia Pacific Region (WOSM / APR) akan menganjurkan Asia Pacific Regional Scout Cartoon Character Contest.

Penyertaan terbuka kepada ahli pengakap yang berumur 8 hingga 14 tahun. Semua hasil lukisan yang dikirimkan kepada ibu pejabat PPM hendaklah tulen dan dilukis sendiri oleh peserta bukannya hasil kerja peserta lain.  Gambar dan borang penyertaan yang lengkap perlu dihantar ke lbu Pejabat PPM untuk disahkan sebelum di hantar ke peiabat APR di Manila selewat-lewatnya akhir bulan November 2014.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran.