Kunjungan Hormat The Singapore Scout Association (SSA)

Kunjungan hormat The Singapore Scout Association (SSA) ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk sessi dialog bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia

Petugas Pusat Komunikasi sempena JOTA/JOTI Sedunia pada 20-22 Oktober 2017 Jamboree Di Udara (JOTA) Ke 60, Jamboree Di Internet (JOTI) Ke 21 Pengakap Dunia bergambar bersama Datuk Helmy Jaafar (Ahli Majlis Negara merangkap Naib Yang DiPertua PPM Negeri Sembilan)dan Tuan Hamdan Mohd Nor (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan) serta Timbalan dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan.

Bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017

Peserta bengkel Hala Tuju Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan 2017 yang telah berlangsung pada 10 - 12 November 2017 bertempat di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, Jelebu.

Monday, May 25, 2015

PROGRAM UJIAN LENCANA JAYADIRI PENGAKAP REMAJA 2015

Sukacita dimaklumkan, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan (PPMNS), akan menganjurkan Program Ujian Lencana Jayadiri Pengakap Remaja bagi tahun 2015 seperti berikut:

Tarikh : 16 Jun 2015 

Pendaftaran : 8.30 pagi - 4.30 petang

Tempat : SMK Panchor, Seremban

Bayaran : RM12.00 (meliputi bahan ujian, sijil, lencana jayadiri dan makan tengahari)

Sasaran : Ahli Pengakap Remaja (Ting 4 dan 5) yang belum membuat ujian

Pengangkutan : Sendiri

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

En. Chan Kau Chai 

Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri (Pengerusi Program)
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan
D/A SK Tunku Besar Tampin, 73000 Tampin, NSDK
Tel: 06 4411348 Fax: 06 4411410      HP: 012 6518088

Email:   jimmykc58@yahoo.com

Tuesday, May 12, 2015

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SEMBILAN KALI KEDUA TAHUN 2015

Sukacita dimaklumkan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan akan mengadakan Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya kali kedua bagi tahun 2015 seperti ketetapan dibawah:

Tarikh  : 13 Mei 2015 (Rabu)
Masa    :  2.30petang
Tempat : SMK Dato Hj Abdul Samad, Port Dickson

Surat kelulusan dari JPNNS boleh dimuat-turun di bahagian Siaran.

Maklumat lanjut, sila hubungi

Tuan Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan
018-2789727