Wednesday, November 29, 2017

TAKZIAH

 إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Ariffin bin Md. Yusof, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuala Pilah, telah kembali ke rahmatullah pagi tadi (29 November 2017).  Jenazah telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah sebelum dibawa ke rumah Allahyarham di Taman Desa Permai, Selaru, Kuala Pilah.

Warga PPM Negeri Sembilan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tuan Ariffin.  Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

AL-FATIHAH